Memeriksa jawapan ujian

Hm... Beginilah jawapan murid-murid dalam ujian bulanan atau peperiksaan sekalipun.Sekali baca pecah perut ketawa, namun termenung juga di mana silapnya. Kalau mereka tidak mengulangkaji, sepertinya guru tidak mengajarkan, sama ada dengan betul atau tidak mengajarkan langsung. Selepas setiap sesi pembelajaran, objektif boleh dikatakan tercapai, namun ketika ujian, seolah-olah objektif tercapai itu hanya rekaan semata-mata.
Walau bagaimanapun, inilah contoh jawapan murid-murid yang membuatkan gurunya nak menangis dalam ketawa atau menangis tiada berlagu atau nak menangis tiada ber air mata (kerana dah lama benar menghadapi tingkah laku pembelajaran seperti ini.)