cakap2 Tan Sri

Sekolah satu sesi
Muhyiddin Yassin berkata, adalah menjadi matlamat kerajaan untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi kerana ia lebih sesuai untuk pembelajaran di negara ini.

Muhyiddin berkata, bagaimanapun beberapa perkara berkaitan kemudahan infrastruktur dan penambahan tenaga pengajar perlu diselesaikan pihak kerajaan terlebih dahulu sebelum sistem itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Tan Sri, in case you are still sleeping and dreaming along the way, kita ni sudah 50 tahun merdeka. Sistem persekolahan kita sudah wujud sejak sebelum merdeka lagi. Agak baru la ni tersedar yang infrastruktur sekolah dan tenaga pengajar perlu ditambah untuk melaksanakan sekolah satu sesi? Mari sini aku sedarkan bahawa ada bangunan sekolah yang tak dapat sijil layak menduduki tapi tetap terpaksa diduduki dan baru 2-3 tahun dibina bangunan itu sudahpun nampak uzur sudahlah dengan tandas yang bukannya rosak tetapi sememangnya akibat pembinaan yang tidak baik. Sekolah sesi petang ni pun sudah wujud entah berapa puluh tahun takkan baru ni timbul kesedaran?
Kalau kerajaan P*R, dua bulan pun Tan Sri cakap belum memenuhi janji pilihanraya, tapi kerajaan Tan Sri dah diberi peluang 50 tahun. 50 tahun Tan Sri, ingat tu!