mahaha!

Mana yang lebih mengelirukan:

Nama Allah digunakan dalam penerbitan selain Islamiah

atau

perkataan PUSAT PERJUDIAN HARAM

Aku rasa betapa dungunya laporan berita itu. Judi memanglah haram Melayu oi! Dan terminologi itu jelas menunjukkan pemimpin kerajaan kita iktiraf perjudian.

Tak ada apa nak buat petang ni (Not much to do this evening). Baru balik dari SK Jalan Datuk Palembang (Just got back from SK Jalan Datuk Palembang). Pengalaman memandu yang sungguh meremangkan bulu roma (Driving there gives me the goosebumps). Aku bukannya ahli sangat dalam pemanduan, terutamanya apabila memandu di kawasan berlereng (I am not that good at driving, especially when it comes to driving on slopes). Sudahlah jalan masuk ke sekolah itu sangat sibuk dan sempit, masuk saja ke pintu utamanya aku dikejutkan dengan lereng yang agak curam- tapi rasanya tak sampaipun 20 darjah! (The entrance to the school is already small and busy, plus I got scared when I saw how slanted the the road up to the school ground- but it wasn't even 20 degrees slanted I guess!) Aku sudah telan air liur (I was scared silly). Nampak sahaja kereta di hadapanku sudah lolos ke atas, aku pun tekan minyak perlahan-lahan (I stepped on the gas as soon as I saw the car in front of me has reached the top). Sudah selamat memandu di cerun yang menakutkan sejauh 30meter itu! (Yay, I have finally made it safely up that 30meter-intimidating slope!)

mahaha!