Masa dah tak sayang ...

KUALA LUMPUR 18 MAC: Kelancangan melulu Datuk Seri XYZ terhadap Datuk Seri ABCD pada sidang DR, semalam bukan satu yang menghairankan kerana ia datangnya dari seseorang yang hipokrit dan gila pangkat.

Malah, Ahli Parlimen BYBY itu sanggup membelakangi keputusan mesyuarat parti dan secara diam-diam menulis surat kepada LMN bagi memperoleh gelaran Datuk Seri walaupun kemudian melabelkan LMN itu sebagai cauvinis dan komunis,

Bercakap pada sidang media di lobi PLN, Ahli Parlimen MCG SNSN mendedahkan XYZ pernah mempengerusikan mesyuarat di PYPY yang dihadiri semua wakil rakyat negeri itu dan mengambil ketetapan untuk tidak meminta atau menerima apa- apa gelaran.

Namun dalam diam, XYZ menulis surat kepada LMN meminta gelaran 'Datuk Seri' biarpun kini mengecam LMN sebagai komunis.

"Semasa XYZ mempengerusikan mesyuarat di PYPY, mesyuarat memutuskan semua wakil rakyat PYPY tidak akan menerima apa-apa gelaran Datuk walaupun ditawarkan.

"Apa yang dia (XYZ) buat selepas itu? Dia menulis pada LMN meminta gelaran tersebut," katanya pada sidang media di lobi PLN di sini, hari ini.

SNSN melabel XYZ sebagai seorang yang hipokrit dan mengibaratkan kecaman XYZ sebagai 'menepuk air di dulang, akhirnya terpercik ke muka sendiri'.


***
Aku teringatkan sekumpulan murid di Tingkatan 2X pada tahun 199x. Y, L dan F tiga sekawan. Walaupun tidak diakui, F kelihatan seperti ketua kumpulan itu. Kalau dia ingin apa-apa, kehendaknya mesti dipenuhi atau akan kedengaranlah pelbagai cerita tidak enak tentang diri kita. Dan Y sering jadi mangsa keadaan ini kerana pada kebanyakan masa tidak akan mengikut kehendak F dan Y akan mengambil tempoh bertenang dengan keluar seketika daripada kumpulan itu. Pada masa inilah F akan menyebar macam-macam cerita tentang Y, terutamanya jika Y dilihat menolong beberapa orang pelajar lelaki menyiapkan kerja sekolah mereka.
Begitulah XYZ dah tak suka dengan ABCD dan LMN, pandai pula dia menyebar cerita. Otak budak sekolah pun boleh jadi pemimpin masyarakat rupanya. Cepat F, kau ganti tempat XYZ tu, kah kah kah!