KoC Turns

Koc turns

Ari* pernah cakap dengan aku pada suatu ketika 6 tahun lalu, "Boleh muntah habiskan turn macam ni!"

Baru kini aku rasa macam tu!

Baru sebentar tadi menaikkan teknologi menawan kubu musuh ke Greek fire, iaitu bom api yang pada suatu masa dahulu digunakan oleh armada Byzantine. Kaedah ini amat berkesan dan membawa banyak kemenangan kepada tentera laut Byzantine. *Balik ke KoC* Dengan ini, mata serangan telah meningkat sedikit. Aku masih mengekalkan tentera dalam jumlah yang kecil untuk mengurangkan kematian unit, seterusnya mengekalkan pendapatan dalam bentuk aliran masuk emas. Ini strategi yang agak baik juga kerana kebanyakan pemain sudah mempunyai bala tentera yang besar dan tentu tidak boleh menyerang kumpulan tenteraku yang kecil kerana mereka tidak akan dapat merampas banyak emas daripada kumpulan tentera yang lebih kecil. Aku tidak berminat untuk mengupah askar buat masa ini, kerana walaupun askar upahan akan terbunuh terlebih dahulu dalam mana-mana serangan, tetapi harganya mahal. Oh ye, lupa nak beritahu bahawa aku sedang dalam peringkat mengumpul harta (dalam bentuk senjata) untuk ditukarkan dengan emas yang akan digunakan untuk menaik taraf teknologi menawan kubu musuh (ini terlebih dahulu perlu dinaik taraf kerana aku suka menyerang) dan kubu pertahanan juga. Untuk memaksimakan emas pendapatan dan mengurangkan pembaikan senjata selepas serangan maka perlulah risiko serangan ke atas kubu sendiri diminimakan, contohnya mengecilkan bala tentera.
Ini masih MMORPG nombor satu aku. (Dan terasa sedikit pelik menceritakan semua ini dalam bahasa ibunda, hahaha! Jangan marah ...)

Dalam perkembangan lain:

-Hit tertinggi pada hari ini :)