Ironinya!

Kenyataan 1:
Kementerian mempertimbangkan untuk menghapuskan subsidi gula untuk menggalakkan pengurangan pengambilan gula di kalangan rakyat- *** para menteri bolehlah makan kuih lapis dan kek coklat moist yang tawar apabila menghadiri pelancaran Kompleks Permata Pintar nanti sebagai langkah kepimpinan melalui tauladan

Kenyataan 2:
SK kurang popular di kalangan ibubapa Melayu kerana mereka merasakan SK kurang Islamik- *** tapi ramai ibubapa Melayu hantar anak ke SJKC, lebih Islamikkah di sana?

Kenyataan 3:
Kerajaan meyakinkan rakyat bahawa cukai barangan dan perkhidmatan tidak akan membebankan dengan menyatakan banyak negara lain juga mengenakan cukai sedemikan- *** banyak lagi yang lebih baik tentang negara lain yang kita tidak ikut, kita cuma nak ikut mereka kenakan cukai saja?