Kau dan aku sama (?)

Memetik lagi suatu laporan akhbar:



PENYOKONG Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang membakar dan memijak gambar Ketua Menteri, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika berlangsungnya sidang DUN di Georgetown, semalam. Kira-kira 100 penyokong BN mengadakan demonstrasi membantah pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu. - Foto Bernama

......................................
Dulu, hangpa kata depa ganas. Sekarang, hangpa pun sama 'cam depa.
Sebelum ini, sering kita lihat laporan di dada-dada akhbar tentang betapa ganasnya penyokong parti pembangkang. Mereka didakwa membuat kekacauan, merosak, memijak dan membakar harta benda awam. Tetapi, lihat saja pada laporan akhbar ini yang membuktikan manusia itu sama sahaja tanpa mengira parti manapun yang disokong oleh mereka. Tidak perlulah kita nak menggembar-gemburkan sangat tentang kebaikan sendiri atau lebih-lebih lagi, keburukan orang lain.