Maklumat Kurang Tepat!

Di antara tajuk-tajuk berita dalam suatu akhbar: 70 peratus rakyat sambut baik gagasan ASYIK-ASYIK SATU JEEEE

Perkataan rakyat seolah-olah merujuk kepada populasi penduduk Malaysia secara keseluruhannya yang berjumlah lebih kurang 27 juta orang.
Apabila kandungan berita terus diteliti, rupanya kajian ini terbatas kepada 10 ribu orang responden sahaja, di mana 70% daripada jumlah itu (sekitar 7 ribu orang) yang menyambut baik gagasan tersebut.
Apabila berita terus dihayati, salah seorang daripada menteri yang terlibat menyatakan "perkembangan itu membuktikan rakyat memahami dan menerima baik gagasan ASYIK-ASYIK SATU JEEEE dalam konteks kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini".

Mentol!
Daripada jumlah 27 juta, hanya 10 ribu yang terpilih untuk menyatakan pendapat mereka dan 7 ribu sahaja yang dikatakan menyambut baik gagasan tersebut, adakah itu yang dikatakan gagasan tersebut telah disambut dengan baik oleh rakyat? Takkanlah 10 ribu daripada 27 juta sama dengan 70 peratus?

Dalam perkembangan lain-
kepada Encik Namawee entahapaapaentahwhatever yang nampaknya gila populariti dan publisiti murahan- belum tentu anda dapat berumah lagi kalau duduk di negara orang. Memandangkan anda sudah duduk di negara ini, apa kata anda hentikan kutuk-mengutuk dan menyumbang idea anda untuk memajukan negara. Saya pasti persatuan-persatuan *anda* memerlukan lebih ramai orang seperti anda. If you think you are acting on the grounds of a greater good, then think again AND THINK REALLY HARD. There are others who can do a lot better than what you have done and yet they are not as crazy as you have been. There are already numerous crazy people and we certainly do not need more.