Pelancaran Bulan STEM - Teks pengacaraan dan ucapan perasmian

Ada yang minta tolong sediakan teks pengacaraan pelancaran Bulan STEM.
Ringkas sahaja untuk murid tahap 1.
Silakan guna jika berminat:

TEKS PENGACARAAN

PELANCARAN BULAN STEM 2024

(arahan untuk pastikan murid diam dan memberi perhatian kepada pengacara majlis, kemudian mulakan majlis)


Burung tempua hinggap merata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum, selamat sejahtera pembuka kata

Awal bismillah pembuka bicara


Yang berusaha


_____________________________  Guru Besar ________________

Yang dihormati

______________________________ penolong kanan pentadbiran

______________________________ penolong kanan hal ehwal murid

______________________________ penolong kanan kokurikulum

______________________________ penolong kanan petang


guru-guru, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita pada hari ini dapat kita bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan STEM SK _____________________________.

Hadirin sekalian,

Sebelum meneruskan majlis, moleklah kiranya saya menyatakan sedikit sebanyak tentang beberapa perkara berkaitan program.

Terlebih dahulu, adakah murid-murid tahu maksud STEM? STEM ialah gabungan empat mata pelajaran iaitu Sains, Teknologi dalam mata pelajaran RBT, Kejuruteraan ataupun Engineering, dan Matematik.

Bulan STEM dijalankan mulai (sebut tarikh), melibatkan semua murid SK ___________________ dari tahun 1 hingga 6.

Aktiviti yang diatur dalam Bulan STEM diharap dapat meningkatkan minat murid melalui suasana pembelajaran yang tidak hanya tertumpu di bilik darjah, seterusnya meningkatkan lagi pencapaian tahap penguasaan dalam matapelajaran STEM.

Aktiviti bulan STEM juga diharap dapat memperkembangkan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik, di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.


Murid-murid sekalian,

Aktiviti pertandingan yang telah disusun sepanjang bulan STEM adalah seperti berikut:

Aktiviti Panitia Sains ialah Kuiz dalam Talian, dan, Road to TP6 untuk semua murid tahun 1 hingga 6 dikendalikan oleh semua guru Sains.

Senarai aktiviti Panitia Matematik adalah seperti berikut:

Murid Tahun 1 akan menjalankan pertandingan Kad Nombor Ajaib.

Murid tahun 2 akan menjalankan pertandingan Buku Skrap Tangram Nombor.

Murid tahun 3 pula akan menjalankan pertandingan Cabaran Sudoku.

Pertandingan-pertandingan ini akan dijalankan di kelas masing-masing, dikendalikan oleh guru Matematik kelas masing-masing.

Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya, Tak berkat ilmu tanpa amalnya, Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Majlis dengan ini mempersilakan 

______________ (nama) ______________________  Guru Besar/ Guru Penolong Kanan Pentadbiran/ Guru Penolong kanan petang untuk menyampaikan ucapan, dan seterusnya, merasmikan Bulan STEM SK _________________________________ . Dengan segala hormatnya dipersilakan.


[ucapan perasmian]

Terima kasih diucapkan kepada ______________ (nama) ______________________  Guru Besar/ Guru Penolong Kanan Pentadbiran/ Guru Penolong kanan petang

atas ucapan perasmian itu tadi.


Majlis seterusnya mempersilakan ______________ (nama) ______________________  Guru Besar/ Guru Penolong Kanan Pentadbiran/ Guru Penolong kanan petang

untuk menyempurnakan gimik pelancaran. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


(Pentadbir menjalankan gimik)


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pelancaran sebentar tadi. Diminta (pentadbir) untuk kekal di pentas untuk sesi bergambar bersama pentadbir dan Ketua Panitia (yang ada di majlis berkenaan)

Terima kasih. Tuan/ puan dipersilakan untuk mengambil tempat semula.


(Tunggu pentadbir duduk)


Dengan berakhirnya gimik tadi, maka berakhirlah majlis pelancaran Bulan STEM 2024. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama semua. Semoga aktiviti yang diatur berjalan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan.

Sekian, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Berikut pula ialah ucapan perasmian oleh PK Petang. Pun ringkas sahaja untuk murid-murid kecil 7 hingga 9 tahun.

Kalau nak guna untuk GB/ PK lain, kenalah ubahsuai.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Yang dihormati

(senarai PK)

guru-guru, 

dan yang dikasihi, murid-murid sekalian.

Hari ini adalah hari yang sangat istimewa, kerana kita semua akan memulakan Bulan STEM! Adakah murid-murid tahu apa itu STEM?

Seperti yang diberitahu oleh guru pengacara majlis tadi, STEM adalah gabungan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Ini semua adalah bidang yang sangat penting dan menarik dalam kehidupan kita sehari-hari.

Dalam tempoh sebulan ini, kita semua akan belajar STEM dalam suasana yang tidak hanya tertumpu kepada kandungan matapelajaran semata-mata. Suasana pembelajaran ini diharapkan dapat menambah minat murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik dengan lebih bersungguh-sungguh.

STEM ini bukan sahaja untuk belajar, tetapi juga untuk kita berfikir dengan cara yang kreatif, berani mencuba, dan belajar bagaimana dunia di sekeliling kita berfungsi. Sebagai contoh, pernahkah murid-murid terfikir bagaimana telefon pintar boleh berfungsi? Atau bagaimana sebuah robot di kedai mamak boleh membawakan makanan ke meja dengan sendiri? Semua ini adalah hasil dari mempelajari ilmu STEM!

Akhir kata, saya harap semua murid akan mengambil peluang ini dengan menyertai semua aktiviti yang disediakan oleh guru. Jangan takut untuk bertanya dan mencuba. Suatu hari nanti, sampai giliran kamu pula yang  menjadi saintis, jurutera, atau pencipta yang hebat!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Bulan STEM Sekolah Kebangsaan Semenyih. Semoga kita semua memperoleh ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang menyeronokkan sepanjang bulan ini.

Sekian, terima kasih.