Ambil aura Spudman

Sekarang anak tengah kuat makan, growth spurt omputih panggil. Tengah-tengah malam tak boleh tidur sebab kelaparan. Hari-harilah maknya fikir nak bagi makan apa. Setakat ni nasi goreng, mi goreng tu bolehlah makan hampir setiap hari. Nak beri makan benda sama kot tak lalu. Ingat nak bagi makan lebih protein pulaknya anak tak makan ikan, ayam dan daging sangat. Hari-hari mesti ada telur sebagai makanan tambahan. Ada sehari tu 4 biji ditedasnya. Takpelah, makan je lah, nanti bantut plak 😅

Dalam malam2 dua hari lepas aku terfikir boleh gak try makan baked potatoes macam Spudman buat tu. Pusing-pusing cari resipi senang je, achievable.

Aku beli kentang kecil2. Sebelum masak, gosok bersih2 kulitnya. Panaskan air fryer ke 200 darjah Celsius 5 minit. Kentang yang dah dibasuh tadi disapu minyak kemudian digaramkan secukup rasa. Kemudian, masakkan di dalam air fryer tadi selama 30 minit. Kalau kentang besar kenalah lebih lama.

Kejadian dah masak, makan simple dengan peperoni, mentega dan keju parmesan parut. Aioli dah habis pulak, dari sehari ke sehari nak membelinya 😌😌


Takdelah fancy, setakat nak cuba. Lidah akulah, ringkas begini pun dah sedap. Lain kali bolehlah cuba dengan kuah. Budak2 ni terhad deria rasanya, i.e memilih makan 🤣🤣