Dahulu Vs. Moden dalam pembelajaran


Belajar zaman dahulu:
Piah, mari sini. Cuci singki ni, kotor. Mari mak tunjuk. Kumpulkan remah dalam penapis, lepas tu buang dalam tong sampah. Cuci bersih-bersih ya.

Pembelajaran moden:
Piah tengok ni (mak tunjuk singki kotor), apa pendapat Piah?
Piah suka tak macam ni (kotor)? Sepatutnya kena macam mana?
Boleh tak cadangkan cara yang sepatutnya dibuat?
Kalau kita buat macam cadangan tu, apa hasilnya?
Cuba buat macam yang Piah cadang tadi.
Adakah apa-apa yang boleh kita buat lebih baik?


Pendek kata kbat lah ni, banyak berfikir dan beri pendapat, bukan setakat terima bulat-bulat. Kita dulu cukuplah terima bulat-bulat, orang dah panggil pandai ☺️☺️😁