Dah lama tak masuk tapi kena masuklah sekarang


Dah lama tak masuk sini buat kelas sejak lepas2 pkp/ pdpr. Minggu lepas cikgu Bestari kata tahun lepas tak ada pewujudan kelas. Biasalah, tak ketuk, tak jalan 😬😬 Ingatkan tak perlu sebab kelas bersemuka sepenuhnya pun dah macam biasa. Tapi tahun ni perlu diaktifkan semula atas dasar pendigitalan pendidikan.


Dah buat kelas, takkan kosong je takde latihan, maka masuklah semula ke sini liveworksheets.com . Lepas delete2 dua tiga latihan outdated, teringat nak buat kuiz ringkas 5 soalan pakai form, maka pergilah buat form, dapatlah 2 latihan menamakan komponen robotik dan elektromekanikal.

Dahsiap latihan RBT, masuklah sini quizizz.com pula tengok2 kot ada latihan bagi tajuk yg sedang/ baru diajar. Oke ada, assign 2 latihan. Ada murid dah jawabpun selepas sejam diterbitkan. Ada masa lapang agaknya.

Lepas tu teringat ada satu latihan ni yang macam main game tu. Bukalah site ni untuk cari apa namanya.

Oke dah buka wordwall.net tapi latihannya belum sampai tajuk tu. Tangguh ☺️


Baru saja masuk pada 2 minggu lepas. Selepas ni nak kena selalulah tekan2 dalam tu. Lagipun minggu depan nak beri bengkel ringkas generatif A.I.