Tugas Setiausaha Sukan

1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan MSSD, MSS(P) dan MSSM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut rumah sukan.
3. Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru rumah sukan serta membahagikan tugas sukan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
5. Menentukan gelanggang dan padang permainan adalah mengikut ukuran betul.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan olahraga tahunan sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat sukan dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok sukan.
11. Mengatur pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.
13. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
14. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
15. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan sukan dan permainan.

Sumber