Traffic heads up- konvoi muatan lebar bagi industri minyak dan gas di Terengganu mulai 5 Jun

7:56 am

Kepada para pengguna jalan raya, konvoi muatan lebar bagi industri minyak dan gas di Terengganu akan mula diangkut dari Ipoh ke Kerteh bermula 5 Jun 2017. Muatan yang diangkut ini memakan ruang kedua-dua hala jalan raya, jadi anda dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan-laluan di bawah ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang timbul.

Laluan yang bakal digunakan ialah:-

1.) Jalan Kuala Kangsar-Gerik FT76 (malam 5 Jun 2017)
2.) Lebuhraya Timur-Barat FT4 (malam 5 Jun hingga pagi 6 Jun 2017)
3.) Jalan Pasir Putih-Jeli FT4 (pagi 6 Jun 2017)
4.) Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu FT3 (tengah hari 6 Jun 2017)
5.) Jalan Kuantan-Kuala Terengganu FT3 (petang 6 Jun 2017)

Sila gunakan laluan alternatif berikut:-

1.) Ipoh-Kuala Terengganu: Jalan Simpang Pulai-Gua Musang FT185 dan Jalan Aring-Kuala Jeneris FT185
2.) Ipoh-Kota Bharu: Jalan Simpang Pulai-GuaMusang FT185, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang FT8 dan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai FT8
3.) Kota Bharu-Kuala Terengganu: Jalan Kota Bharu-Kuala Krai FT8, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang FT8 dan Jalan Aring-Kuala Jeneris FT8
4.) Kuala Terengganu-Kuantan: Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 atau Lebuhraya Pantai Timur 2 - LPT2 E8

Oleh itu, kepada pengguna jalan raya di laluan ini diharap dapat mengelakkan laluan tersebut supaya tidak tersangkut dalam kesesakan.
Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan jika tidak dapat dielakkan, harap dapat bersabar dengan sedikit kesesakan trafik semasa lori ini melalui kawasan anda.

You Might Also Like

0 says