kaai pening kali terakhir

7:50 pm

Salam sejahtera.
Teringat kembali riak-riak ketegasan dalam menjaga ketepatan waktu pdp sewaktu kakinya mula melangkah masuk ke sekolah. Namun pada hari ini dan acapkali sebelumnya sebenarnya semakin mengabaikan kepentingan masa dalam takwim setahun persekolahan.
Hari ini kononnya juga untuk meraikan kehadiran pentadbir baru sambil meraikan kepergian dirinya ke sekolah seterusnya. Sudahlah habis seharian masa murid belajar dikorbankan, warga sekolah terpaksa mendengar entah apa yang dipanggil amanat, disusuli acara memotong kek pulut kuning oleh dirinya, kemudian penyampaian cenderamata penghargaan darinya kepada kakitangan tertentu yang tidak diketahui tujuan, akhir disudahi dengan penyampaian hadiah daripada panitia sekolah untuk dirinya. Hanya sekelumit masa untuk kehadiran pentadbir baru apabila hampir keseluruhan majlis sebenarnya berkisar dirinya.
Dalam ucapan perpisahan asyik sebut sekolah kita. Ini bukan lagi sekolah kita. Janganlah menyibuk lagi. Jika rasa diri berjasa, taburkan di tempat baru. Tak perlu nak sebut sebut benda yang orang tak mahu dengar lagi.

You Might Also Like

0 says