Marah kalau dikata

9:15 pm

Awal kisahnya dalam whatsapp group santai sekolah, ada seorang guru baru je 2 tahun posting membangkitkan sekolah isterinya bertugas tidak menjalankan mesyuarat pada minggu pertama cuti akhir tahun persekolahan. Mungkin ada yang membaca dengan nada sinis, cikgu tu kata sekolah kami hebat. Tak lama lepas tu GPK1 membalas ada juga sekolah lain yang panggil gurunya pada penghujung cuti akhir tahun persekolahan lebih lama daripada tempoh kami dipanggil. Maksudnya ialah, kira syukur jugalah tak payah nak bising2 walaupun minggu pertama tu habis di sekolah dan tak boleh mula bercuti lagi. Esoknya pulak cikgu tu kena tibai lagi dalam mesyuarat. Guru Besar kata jangan bandingkan kita dengan sekolah lain. Memang berasas pun pada cikgu tu sebab anak isterinya jauh di utara tanahair. Kalau dah hari bertugas pun susah nak jumpa anak bini, inikan dah cuti, tak boleh bagi muka sikit?
Oke tak kisahlah tak boleh nak banding dgn sekolah lain, sekarang kenapa panggil juga beberapa orang guru lagi untuk buat takwim sesi 2017 lebih awal drpd guru2 lain? Kita dah bersyukur tadi kita hanya dipanggil bertugas tak lama macam sekolah lain, jadi sekarang kena tarik baliklah, atau macam mana?

You Might Also Like

0 says