Koleksi Terbaru Rakyat Didahulukan Untuk Disusahkan, Pencapaian Diutamakan Cakap Saja

3:27 pm

☆Tadabbur Kalamullah 1 Safar 1438H☆


فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ


"...Maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu)"

[Surah al-An'am 68]


#Allah swt melarang kita duduk bersama2 org yg zalim yg tidak peduli larangan, arahan dan ancaman Allah swt. Jika duduk pun dilarang, apatah lagi menyokong, membantu, bersekongkol, bersetuju dgn keputusan zalimnya, semuanya adalah mungkar dan sgt2 besar laranganNya.


سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ


"Akan muncul pemimpin-pemimpin yang kamu kenal, tetapi kamu tidak menyetujuinya (kerana kejahatannya). Orang yang membencinya akan terbebas (dari tanggungan dosa). Orang yang tidak menyetujuinya akan selamat. Orang yang rela dan mematuhinya tidak terbebas (dari tanggungan dosa)"(HR Muslim)


#Antara kezaliman dan penindasan yg sdg berlaku saat ini ialah kezaliman pemerintah dlm menolak undang2 dan hukum hakam Allah, membebankan kehidupan rakyat dgn peningkatan harga minyak, harga barang dan kos hidup yg lain di samping pelbagai cukai dikenakan termasuk GST. 


#Sepatutnya sebuah kerajaan yg memerintah mendahulukan kesenangan rakyat drp perutnya sendiri krn pemimpin adalah pemelihara rakyat dan negara. Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya pemimpin itu adalah pemelihara dan ia akan ditanya (dihisab) tentang pemeliharaan (rakyat)nya” [HR Bukhari dan Muslim]


#Kerana takut akan dihisab oleh Allah darihal pemerintahannya, Khalifah Umar al-Khattab ra sangat mengambil berat akan keperluan rakyat di bawah pemerintahannya. Beliau meredah kegelapan malam bersama dengan pembantu beliau Aslam untuk memastikan keperluan rakyatnya dipenuhi. 


#Kemelut dan kesempitan yang melanda umat pada hari ini bukanlah sekadar disebabkan kelemahan, penindasan dan kezaliman para penguasa semata-mata. Segala masalah ini juga disebabkan penerapan sistem kapitalisme, sistem jahiliyah, sistem riba, sistem kuffar ke atas semua rakyat. Mereka langsung tiada perasaan peduli dgn kesengsaraan rakyat marhaen, tak peduli dosa, pahala, syurga, neraka.


#Isunya bukan sekadar menggantikan kerajaan yg ada dengan sebuah kerajaan lain, sekiranya "sistem" yang diterapkan tetap sama, maka hal ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah sedikit pun. Pokok pangkalnya adalah “sistem” yang mesti dibetulkan bersama2 pengendali 'sistem'.


#Umat Islam perlu sedar bahawa hanya dengan kembali kepada syariat Islam yg syumul, keadilan Islam yg sebenar, Insyaallah barulah segala masalah akan dapat diatasi. 


♡Sistem Islam yg diturunkan Allah swt adalah penyelesaian terbaik permasalahan ummah. Pilihlah org yg bertaqwa, berilmu, kuat lagi amanah utk uruskan negara dlm PRU 14 nanti!!♡


https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim




You Might Also Like

0 says