whatsapp sharing - Rumusan Fisiologi Puasa.

8:28 am

Fasa 1 - Hari 1-2
Paras gula dalam darah menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah, lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindak balas kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktiviti sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan keberkesanan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dengan sel-sel mati dan rosak dikeluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Fasa 5 - Hari Raya Syawal
Badan jadi tak tentu arah. Nafsu makan membuak tatkala terlihat ketupat dan rendang. Lemak yang baru dikumpulkan dan ketika inilah berat badan ditambah kembali dengan cara yang paling ganas!
Dan darah menjadi naik dengan cepat ketika acc bank tiada berbaki, dan akhirnya pernafasan menjadi hampir tiada apabila gaji lama lagi nak masuk...

Rasanya bukan tunggu 1 Syawal lagi dah. Masa nak berbuka pun dah mensia-siakan segala proses fisiologi baik yang berlaku sewaktu berpuasa siang tadi. Yang paling tak tahan, berbuka dulu dengan kurma ikut sunnah katanya, tapi lepas tu kot melantak makan macam tak habis-habis. Fisiologi ke mana, sunnah ke mana. Fikirkanlah ye kalau kita betul2 di tempat orang yang negaranya menderita kebuluran terpaksa menahan lapar, bolehkah kita melantak makan lagi sewenang-wenangnya. Di sinilah hikmah atau pengajaran daripada puasa itu supaya kita dapat empati atau berbelas kasihan kepada orang yang susah nak dapat makanan menjadikan kita menghargai makanan dan air yang kita dapat pada waktu berbuka puasa dan tidak membazirkannya ataupun melantak makan. Tapi pada bulan puasa ni pulaklah yang pasar makanan begitu meriah. Semua berebut menjual juadah juadah termasuk makanan yang dah basi. Yang datang membeli pulak senang senang parkir di laluan yang biasanya dilalui kenderaan dan menyusahkan kenderaan nak lalu lalang macam biasa. Malam pulak main mercun atau bom dan menakutkan bayi dan kanak-kanak kecil. Mana pergi pengertian Ramadhan kamu semua?

You Might Also Like

0 says