Entahlah, semua ini untuk apa tuan-tuan?

8:56 pm

Dengan pengenalan PBS, masa pembelajaran sains di sekolah rendah sudah dipotong 30 minit (seminggu). Sukatan pelajaran sains sebelumnya (KBSR) telah digantikan dengan KSSR. Sukatan pelajaran sains ini banyak sebenarnya, dengan dunia sains dan teknologi ditambahkan elemen tmk seperti bagaimana nak save fail Word dan mengirimkan e-mel. Sebelum ini, elemen tmk diajarkan dalam iCTL dalam bahasa Inggeris yang aku berpendapat lebih sesuai kerana bahasa komputer dan internet banyak condong kepada bahasa Inggeris.
Kemudian KPM ni cita-cita tinggi melangit. Buku teks sains terkini dipenuhi dengan pelbagai macam penyiasatan sains. KPM ni macam tak tahu pulak dengan kredit masa yang terhad lagi dipotong itu, mana ada cukup masa nak buat eksperimen, lebih-lebih lagi eksperimen yang ambil masa untuk dapat keputusan. Lagi satu gila babi aku dengar minggu lepas PPD menekankan seorang guru sains patutnya mengajar 28 masa sains seminggu, iaitu 4 masa darab 7 kelas. Mana tak gila babi aku cakap, pertama sekali pbs ni semuanya berkisar kepada perekodan offline tu. Di Sekolah aku, satu kelas 40 orang murid darab 7 kelas, bukan 280 perekodan kena buat ke? Dan perekodan ni bukan setakat tanda gitu gitu, paling tidak kena soal verbal masa mengajar dan murid dapat jawab. Satu sesi pembelajaran ada sekurang kurangnya satu perkara nak dinilai ke atas setiap murid, kadang kadang boleh lebih daripada satu. Katakanlah sehari tu 3 jam aku mengajar di 3 kelas darab 35 murid darab sekurang kurangnya satu benda nak direkodkan offline pencapaiannya, berjumlah 105 perekodan sehari. Ni nak cerita bab tambah kerja, tambah masa dan membuang kertas sebab bagaimana aku nak merekod 105 dapatan tadi dalam aplikasi excel offline yang dibekalkan tu? Sebab tu lah wujudnya borang transit, iaitu borang rekod sementara. Aku contohnya menyoal Minah beri takrif luas, Minah pun menjawab dengan betul, aku pun tick dalam borang transit tu tahap penguasaan Minah tadi. Lepas mengajar tu kalau ada masa aku pun bukalah aplikasi offline tu dan tick pulak sekali lagi. Langkah tersebut diulang ke atas 34 orang murid yang lainnya. Itu baru kelas Minah, belum campur lagi 35 orang kelas Mimi dan lagi 35 orang kelas Mona. Itu baru satu hari, katakan Isnin, esok Selasa sampai Jumaat ulang lagi sekurang kurang darab 2 kelas darab 35. Hm.. amacam uolls yang membaca dah pening ke belum ni? 28 masa seminggu tu pulak boleh ditambah lagi dengan masa mengganti guru tidak dapat hadir bertugas di kelas mereka pula. Kadangkala, guru besar atau pentadbir akan panggil untuk jalankan tugas tertentu atau kami guru biasa kena terlibat dalam perbincangan untuk meningkatkan mutu kerja dan lain-lain. Oke macam ni, dalam sehari tu santak masa mengajar sendiri, tambah lagi masa orang lain sekurang kurangnya 30 minit, tambah pula kalau pentadbir panggil dan jumpa dalam 15 hingga 30 minit, maka bila masanya aku nak masuk bilik sains atau makmal untuk aturkan penyiasatan sains tanpa bantuan pembantu makmal sains lagi. Penyiasatan sains sekolah rendah pulak bukan boleh suruh suruh macam tu je, suruh ikut kad arahan atau disuruh-suruh seperti murid sekolah menengah. Murid sekolah rendah akan bertanya macam macam walaupun benda yang ditanya tu terdapat dalam kad arahan. Isi penting di sini ialah masa pembelajaran 60 minit akan banyak juga digunakan untuk mengawal murid dan menunjuk cara kepada mereka, terutamanya kaedah menulis laporan. Laporan sains ni tak tulis tak boleh jugak.
Yang aku paling bengang sekarang ialah pbs yang diuar uarkan dapat menilai murid dengan lebih berkesan kini bertumpu semula kepada peperiksaan (exam oriented). Kertas sains yang sebelum ini hanya diuji selama 1 jam dalam 2 bahagian berjumlah 50 soalan kini dah jadi 2 keras berasingan dengan masa ujian 1+1 jam dengan bilangan soalan 40+40. Akibatnya, banyak masa dihabiskan oleh guru untuk menanda 80 soalan tadi. 80 soalan darab 34 murid (purata) darab 4 kelas. Pendapat aku, tak padan nak menanda 80 jawapan ini dgn kredit masa sedia ada. Matematik juga 80 soalan tapi kredit masa mengajarnya 6 berbanding 4 bagi sains. ujian sains pulak sekarang ni aku dapat tahu mirip soalan pisa dan sarat nak mampos dengan unsur hots (kbat). masa ujian sejam, yang diuji pula murid berumur sekurang kurangnya 10 tahun. budak budak ni, nak membaca pengetahuan asas sains pun tak faham dan perlu bimbingan, inikan pulak nak suruh memikirkan masalah negara. kbat la sangat. pada pendapat aku, jika kpm terlalu tinggi keinginan nak mengkbatkan murid murid ni, boleh wujudkan program atau modul khas utk kbat seperti LINUS atau KIA2M atau BAS atau PROTIM. JANGAN UJI DALAM PEPERIKSAAN. begitu juga halnya bagi soalan ala pisa tadi. Jadikan peperiksaan sebagai kayu pengukur tahap pencapaian murid dalam pembelajaran mereka, bukan satu alat untuk menyusahkan hati mereka.

You Might Also Like

0 says